Baca Juga
Dalam keadaan ekonomi negara yang kurang baik sekarang, kita perlu cuba berjimat dalam semua perbelanjaan termasuklah perbelanjaan Insurans kenderaan. Berikut adalah beberapa tips yang ingin kami kongsikan untuk anda mendapatkan insurans dengan harga yang murah :
1) Pilih Polisi Insurans Yang Basic Tanpa sebarang Add-on Kalau Tidak Perlu
Sila memilih ejen insurans yang jujur dan amanah untuk membantu anda mendapatkan polisi insurans yang basic. Ada segelintir ejen yang suka mengambil kesempatan untuk mendapat komisen yang lebih dengan menambah pelbagai jenis insurans tambahan tanpa pengetahuan pembeli. tambah insurans yang perlu sahaja. Anda berhak untuk bertanya dan mendapatkan harga terbaik untuk insurans anda.
2) Pilih Syarikat Insurans Yang Memberikan Diskaun/Rebate Seperti Takaful Malaysia
Persaingan dalam industri Insurans sekarang membuatkan pelbagai promosi dilakukan. Promosi yang terbaik yang kami kenalpasti sekarang adalah Rebate 15% untuk semua pelanggan Takaful Malaysia.
3) Pastikan NCD (No-Claim Discount) Tidak Berkurang
NCD adalah diskaun yang diberikan kepada pemandu yang tidak membuat sebarang claim ke atas pihak insurans. Nilai NCD akan semakin meningkat setiap tahun. Ini bermakna, semakin lama anda tidak membuat sebarang claim, anda akan mendapat diskaun yang semakin banyak. Oleh itu, pandu kereta anda dengan berhati-hati dan cuba elakkan dari terlibat dengan kemalangan.
4) Elakkan Di Saman
Polisi insurans kenderaan yang mempunyai rekod saman yang banyak adalah lebih mahal dari kenderaan yang rekod samannya kurang. Ini adalah kerana kenderaan yang banyak rekod samannya bermakna ia sering dipandu dengan laju dan sering melanggar peraturan jalanraya. Kenderaan ini sudah pasti mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk terlibat dalam kemalangan. Oleh itu, pandu dengan berhemah dan anda akan menikmati insurans yang lebih murah.
5) Umur Pemilik Kenderaan
Pemilik kenderaan yang muda, contohnya 18 tahun, akan perlu membayar kadar insurans yang lebih tinggi berbanding pemilik yang umurnya agak matang seperti 30 tahun. Ini adalah kerana pemandu yang lebih berpengalaman dijangkakan akan mempunyai risiko yang lebih rendah untuk terlibat dengan kemalangan berbanding dengan pemandu yang baru lulus lesen. Oleh itu, rancang pemilikan kenderaan di salam keluarga anda untuk mendapatkan penjimatan yang lebih.
6) Jenis Kenderaan
Jenis kenderaan yang mempunyai risiko kemalangan yang tinggi seperti Sport Car akan dikenakan kadar insurans yang lebih tinggi. Oleh itu, fikir betul-betul sebelum membeli sport car idaman anda.

Tips Mendapatkan Insurans Kereta Yang Murah
4/
5
Oleh
Degree Online